fbpx

Bagaimana Nak Galakkan Atau Ajar Anak Tengok Waktu?

Setiap ibu bapa di dunia ini pasti mahu anak yang cerdik, pintar, cepat belajar dan kreatif.

Di sini kita mahu bincangkan cara untuk galakkan dan mengajar anak melihat jam dan menghargai waktu.

Ada pepatah arab menyatakan,

الوقت كالسيف، فإن لم تقطعه قطعك!

Maksudnya,

“Masa itu seperti pedang, jika engkau tidak memotongnya, ia akan memotong mu!”

Pernah juga kan kita dengar orang tua-tua kita ada pesan, “Masa itu emas”. Kerana apa? Kerana masa itu sangat berharga. Jadi, betapa pentingnya untuk ajar anak-anak menghargai masa dan ajarkan juga mereka melihat jam dengan betul sejak di usia muda.

Seperti saya ulas di bahagian pendahuluan, masa itu seperti pedang dan juga emas. Ia sangat berharga dan tajam.

Berharganya masa itu kerana bila sudah berlalu kita takkan boleh putar semula kembali ke masa lampau.

Tajamnya masa itu kerana ia sangat pantas berlalu, jika kita leka, masa akan memotong kita dengan pantas!

Dalam Islam, masa sangat penting sehingga ada satu surah dalam Al Quran yang bernama Al ‘Asr iaitu “Masa”.

Sehingga Allah berfirman dalam Al Quran dalam surah Al-‘Asr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud,

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu (berada) dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Umur Berapa Paling Sesuai Untuk Mula Ajar Anak Tengok Waktu?

Sebenarnya untuk mula mengajar anak untuk melihat jam dan waktu adalah lebih awal adalah lebih baik. Kerana dalam agama Islam digalakkan menyuruh anak solat seawal usia 7 tahun.

Kaitan solat dan masa sangat besar. Solat 5 waktu sehari semalam dilaksanakan pada masa dan waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Sepertimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa’ ayat 103 yang bermaksud,

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Jadi sangat related masa dan solat. Jika di Ireland, anak seawal umur 6 tahun sudah pun diajar cara melihat jam.

Ketika umur begini juga kita boleh ajarkan pada anak perbezaan masa pagi, tengahari, petang dan malam. Dan cara paling mudah untuk ajarkan anak perbezaan masa ini ialah sudah semestinya melalui solat. Kerana dalam Islam sudah ada waktu solat dari pagi, tengah hari, petang dan malam.

SUBUH

Seawal 6.00 pagi

ZUHUR

Sekitar jam 1.20 tengah hari

ASAR

Sekitar jam 4.30 petang

MAGHRIB

Sekitar jam 7.20 malam

ISYA’

Sekitar jam 8.30 petang

Gambar di bawah menunjukkan anak-anak boleh diajar melihat jam dan waktu mengikut waktu solat mereka.

Macam Mana Nak Galakkan Anak-Anak Start Tengok Jam Dan Waktu?

 Tanamkan dalam diri anak kepentingan menepati waktu. Kaitkan kisah-kisah sahabat dan cendekiawan yang hebat-hebat di zaman dahulu, bagaimana mereka boleh menjadi hebat dan nama mereka tertulis dalam buku sejarah? Kerana mereka disiplin dengan waktu.

Ibu bapa juga mesti disiplin terhadap waktu kerana anak-anak akan mencontohi apa yang mereka lihat dari tingkah laku ibu bapanya sendiri.

Kerana itu pentingnya menunjukkan sikap yang baik dan disiplin terbaik depan anak-anak, kerana ada pepatah menyatakan:

Children see, children do.

 

Fitrah anak-anak ini mempunyai sifat curiosity secara semulajadi. Jadi, mereka akan teruja ingin tahu bagaimana ibu ayah mereka boleh ‘membaca putaran jam’ dengan baik. Jadi, sangat mudah untuk galakkan anak-anak mula melihat waktu putaran jam dengan betul.

Apakah Antara Cara-Cara Yang Kita Boleh Fikirkan Untuk Galakkan Anak-Anak Memiliki Jenis Jam Yang Lebih Sesuai?

Sebenarnya, pilihan jam juga sangat penting untuk anak anak belajar cara melihat jam dengan betul.

Jam digital mudah untuk anak cepat faham membaca waktu jam tapi itu tidak membuatkan mereka benar-benar faham cara melihat jam dengan sempurna.

Jadi, jika ditanya jam jenis apakah yang sesuai untuk anak belajar cara melihat jam, sudah pasti jawapannya ialah jam Analog. Kerana jam ini mempunyai nombor yang sempurna, dan kita juga boleh ajar anak bahawa cara melihat jam Analog ini sangat berkait dengan sifir 5.

Jam Analog juga adalah lebih baik dan tepat untuk penggunaan masa panjang anak-anak kita. Elakkan dari berikan anak menggunakan jam yang mempunyai satu jarum, bahkan jam yang menggunakan nombor roman juga sangat tidak digalakkan.

example

Ada beberapa contoh jam jenis analog disarankan oleh ibu bapa kebanyakannya yang pernah berjaya melatih anak mereka melihat jam dan waktu dengan baik. Antara jam analog yang disarankan ialah seperti jam di Belispree seperti di bawah:

samp

Kesimpulan

Anak yang diajarkan memahami waktu, dan memakai jam lebih awal, kebiasaannya lebih cepat kematangan mereka.

Malah, mereka lebih bijak mengurus masa, dan lebih pandai menghargai waktu solat, juga sangat disiplin dalam mengurus waktu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DAPATKAN

DISKAUN RM7!