Ini Sejarah Jam G-Shock Yang Harus Kita Tahu

Hai gais, selamat bertemu lagi. Tak sedar, rupa-rupanya kita dah masuk hujung bulan Ogos.

Kita berada dalam bulan Kemerdekaan negara tau, jangan lupa tu.

Sebagai rakyat, ingat sejarah negara pun penting juga. Tanpa negara dan sejarah, siapalah kita kan?

Apa pun, sama-sama kita doakan negara kita terus aman dan majulah ya – jangan gaduh-gaduh, haha.

Cakap pasal sejarah, kali ni admin nak cerita sikit pasal sejarah jam Casio G-Shock.

Sebelum tu kan, dikatakan jam tangan digital ni telah mula dicipta sejak tahun 1920 tau. Masa tu Casio belum ada lagi.

Secara ringkasnya, syarikat Casio ni ditubuhkan pada tahun 1946 di Jepunlah, kat mana lagi?

Casio ni as we know bukanlah keluarkan jam tangan saja. Peringkat awal, mereka lebih fokus keluarkan kalkulator.

Sampai sekarang pun kan, kalkulator Casio tetap legend, banyak dijual di kedai-kedai.

Sebenarnya Casio mula buat jam tangan digital ni pada tahun 1974. Nama jam tersebut ialah Casiotron. Bukan nama robot ye gais.

Bila model G-Shock ni dikeluarkan? 1984.

Ikut ceritanya, model G-Shock yang jadi fenomena ni dicipta khas bagi menghasilkan sebuah jam tangan yang tahan lasak.

Boleh tahan walaupun dijatuhkan dari ketinggian 10 meter, masuk dalam air dengan kadalaman 10 bar (100 meter) dan baterinya mesti tahan selama 10 tahun. Power kan?

Pereka jam G-Shock ni, mereka buat ujikaji betul-betul nak cipta jam tahan lasak tapi cun ni.

Sebanyak 200 prototaip dibuat dan duji-cuba. Kajiannya dibuat selama 2 tahun tau. Lama tu.

 

Lepas semua kajian dah ok dan syarikat puas hati, barulah G-Shock dilancarkan dan dijual pada tahun 1984.

Ha, macam nilah lebih kurang sejarah dia.

Pengajaran juga untuk kita, nak berjaya dalam apa-apa perkara, kenalah ada perancangan, dan tidak putus asa untuk capai cita-cita kita. Ok.

See you in the next story.

Merdeka!

 

Kredit fakta dan gambar :

https://theinspirasi.my/

https://www.pcmag.com/

https://world.casio.com/

https://www.indowatch.co.id/sejarah-lahirnya-jam-g-shock/