Ini Tip Pilih jam Tangan Yang Sesuai Dengan Diri Anda

Ini Tip Pilih jam Tangan Yang Sesuai Dengan Diri Anda

Hai gais,

Hari ini admin nak cerita pula beberapa tip atau panduan untuk pilih jam macam mana yang sesuai dengan diri kita.

Ada orang dia main beli je jam tangan dan pakai. Ada kalanya bila pakai, orang nampak tak sesuai atau kita sendiri rasa pelik.

Kita nak pakai jam mestilah nampak sesuai. Kita pun rasa selesa dan yakin dengan penampilan diri.

1. Pilih jam yang mempunyai diameter yang sesuai dengan ukuran pergelangan tangan.

Kalau tangan kita kecil, kita pilih jam yang diameternya (ukur lilit) tidak besar. Orang kata biar nampak ngam jam itu dengan tangan kita.

Tapi kalau memang kita selesa pakai jam besar walaupun tangan kita kecil atau kedeking, itu terpulanglah. 

1. Pilih ‘Strap’ atau tali yang sesuai dengan rutin harian.

Kalau kita suka aktiviti lasak atau memang kerja kita kita seharian lasak-lasak, dicadangkan pakai jam yang ‘strap’nya getah macam jam G-Shock.

Kat dunia ni, ada banyak jenis tali jam. Casio misalnya, ada sekurang-kurangnya 6 jenis strap, daripada getah, kanvas, kulit dan sebagainya.

Jika anda ingin jam yang sesuai dengan gaya kasual atau korporat, kulit strap atau stainless steel mungkin lebih sesuai. 

3. Pilih jam dengan fungsi yang sesuai.

Tidak semua jam sesuai dengan aktiviti out door atau sukan contohnya. Lain jam, lain fungsinya. Jam digital tentu jam yang bagus untuk kiraan masa larian misalnya.

Begitu juga ada jam yang sesuai dengan pelayaran di laut, ada waktu solat, suhu, dan sebagainya. Pastikan anda periksa atau kaji fungsi-fungsi jam yang anda ingin beli supaya sesuai dengan aktivti yang hendak anda lakukan.

Selamat memilih jam yang sesuai.

Jam kita adalah diri kita.

 

Kredit gambar :

https://www.strapcode.com/

https://www.radatime.co.id/

https://theslenderwrist.com/

https://capthatt.com/

 

Share: