Kisah Tragis Seorang Pemuda dan Jam Tangan

Suatu petang, seorang pemuda menunggu bas di tepi jalan. Di sebelahnya ada seorang pakcik yang memakai jam G-Shock petak.

Anak muda : Pakcik, boleh saya tau, sekarang pukul berapa?

.

Pakcik : (diam)

.

Anak muda : Pakcik, maaf... saya bertanya pukul berapa tadi, err...

.

Pakcik : (diam lagi)

.

Anak muda : Tak mengapalah pakcik, maaf kalau pertanyaan saya mengganggu pakcik.

 

Pakcik : Anak muda, aku bukannya tak mahu jawap soalan kau tu.

.

Anak muda : Bistu? kenapa pakcik, salahkah soalan saya tu?

 

Pakcik : Begini... kalau aku jawap soalan kau tu. Nanti mesti kau akan berbual-bual denganku, dan kita menjadi mesra. Sekejap lagi orang rumah pakcik datang. Dia pun orangnya peramah. Lepas tu mesti mesti kau berbual-bual dengan isteri pakcik dan isteri pakcik akan ajak kau datang ke rumah pakcik. Pakcik pulak ada seorang anak gadis yang cantik dan belum berkahwin. Nanti mesti kau akan berkenalan dengan anak pakcik. Mana tahu lepas tu kamu berdua jatuh cinta dan mahu berkahwin pulak.

Anak muda : ?????????!! Sampai ke situ imaginasi pakcik?

.

Pakcik : Ya, begitulah wahai anak muda...

Anak muda : Saya musykil ni, kalau pun betullah sampai macam tu. Apa masalahnya pakcik? What's the problem?

.

Pakcik : Masalahnya, kamu tu jam tangan pun takde, macam manalah nak menyara anak pakcik nanti kalau kamu nak kahwin dengan dia?

Sekian.

Kredit gambar :

https://www.wsj.com/

https://www.imoney.my/ 

https://www.weloveourgranny.com/

https://www.kindpng.com/

https://positivepointsblog.co.uk/