Selalu terlewat? Ini Tip Agar Jadi Orang Yang Tepati Masa

Ada orang kata, pakai jam buat apa kalau tak tepati masa.

Aduh, deep betul. Jam sudah lawa, original lagi, tapi selalu kena kecam pasal lambat lah, tak tepati masa lah.

Boss pun tak suka, kawan pun boleh lari macam ni. Kalau nak dapat projek bisnes, pun boleh rugi pasal prospek lari. Haha.

Jadi, macam mana nak jadi orang yang tepati masa. Paling best, bergaya dengan jam original dan custom, dan disukai orang kerana kita pandai tepati masa.

Cikgu saya pernah ajar begini.

Caranya, kena set masa tu lebih awal daripada yang dijanjikan. Contohnya kalau kita ada dating dengan awek nak jumpa pukul 10 pagi. Kita set target sampai kat lokasi setengah jam atau sejam lebih awal. Fuyo… awal giler.

Takpe lar orang kata awal giler pun.

Pernah tak terjadi kita set sejam perjalanan ke suatu tempat, kemudian dalam perjalanan tiba-tiba jem, atau tertinggal barang ke, then kita patah balik?

Haru, bila macam tu, mesti lambat kan?

Apakah semua tu berpunca daripada kita? Bukan lah, sebab benda tu semua benda yang kita tak jangka dan tak boleh kawal. Yang Kita boleh kawal adalah bersedia lebih awal, kita gerak lebih awal.

Orang kata, jangan set ngam-ngam, tapi lebih awal. Macam tu juga dalam kerja-kerja lain, biar awal asalkan selamat.

Kalau tak jadi apa-apa pun, kita boleh tenangkan fikiran bila dah sampai awal tu.

Benda ni lebih penting kalau kita nak hadir macam interview ke, exam ke.. . tak percaya cubalah.

Bila sampai awal ke tempat exam, kepala lebih tenang dan lebih yakin bila jawap peperiksaan atau interview tu.

Akan datang kita share lagi tip untuk urus masa ok.

Semoga kita semua sentiasa tepati masa sambil pakai jam yang cute macam Casio G-Shock!

 

Kredit gambar :

https://www.dentistryiq.com/

https://resources.workable.com/

https://medium.com/

https://hbr.org/

https://leadx.org/

https://www.aconsciousrethink.com/