Tip Ini Untuk Orang Yang Ada Hobi atau Gemar Kumpul Barang (Kolektor)

.

Tip dan panduan ini adalah untuk mereka yang ada hobi atau kegemaran tertentu dan tak nak bagi orang marah dengan hobi mereka.

Ada orang suka kumpul barang lama, ada yang gemar beli buku, kumpul topi, tali leher, baju bundle, jam tangan, jersi, mug, lampu picit dan macam-macam lagi. Yang pelik-pelik pun ada.

Tak kisahlah kan, asalkan bahagia dan tak menyusahkan orang lain.

Namun ada juga yang bermasalah dengan hobi mereka ni. Misalnya hari-hari kena bebel dengan isteri atau mak sebab asyik beli jam je, hehe.

.

Kat sini admin nak share beberapa tip yang mungkin boleh kita lakukan supaya dapat teruskan kegemaran kita tanpa tekanan atau dimarahi oleh sesiapa.

  • Terangkan mengapa kita suka buat hobi itu. Misalnya kita katalah apabila dapat beli buku, kita dan ceria. Yang penting nyatakan kesan positif daripada hobi kita tu supaya orang faham.
  • Tunjukkan kejayaan atau pencapaian yang boleh dibanggakan. Contohnya kita gemar lukis doodle. Kita masuk pertandingan dan dapat pula hadiah. Mesti girl fren kita boleh tumpang bangga. Wow, my boyfren menang.

  • Jangan menyusahkan orang dengan kegemaran kita. Ya, ini pun penting. Janganlah sampai pinjam duit mak atau abang then tak bayar, semata-mata nak beli barang yang kita suka tu. Conform lah dengan hobi kita pun diorang tak suka. Apa-apa pun pastikan kita beli barang dengan duit kita sendiri dan tak kacau orang.
  • Tunaikan tanggungjawab kita dulu. Maksudnya, kita setelkan apa yang perlu dan senangkan hati pasangan kita, baru beli barang yang kita suka. Contohnya kalau kita suami, kita kenalah beli barang dapur, belikan keperluan sekolah anak-anak ke, dah bayar bil-bil semua baru kita belanja untuk hobi pulak.

  • Jangan lupa buat surprise dan gembirakan orang lain. Ha, ini mesti kita buat. Kalau kita nak hobi kita takde orang kacau, ambil hati orang dulu. Kena tahu apa isteri kita suka, belikan. Contohnya isteri kita mengidam nak baju baru atau handphone baru, kenalah belanja. Bawa dia jalan-jalan shopping ke, Isteri happy, lepas tu mesti dia tak marah kita nak beli jam G-Shock original lagi, yahoo!

Ok, hope you all berbahagia dengan hobi atau collection you all ya!

 Kredit Gambar :

https://edexec.co.uk/

https://innovativeidealogies.wordpress.com/

https://www.couplestherapyinc.com/

https://www.inc.com/

https://www.hangar-12.com/

https://www.floweraura.com/