Tip Simpan Duit Yang Simple Tapi Power

Kadang-kadang kita ada target nak beli sesuatu, tapi harganya agak tinggi kan?
Apa kata kita cuba tip-tip ini untuk simpan duit supaya dapat beli barang idaman hati macam G-Shock original tu, hehe.
.
1. Asingkan duit simpanan sebelum belanja. Contohnya bila dapat gaji awal bulan, kita terus simpan RM50 dan bukan belanja dahulu baru simpan. Duit tu bolehlah beri mak atau bini kita yang garang tu pegang, haha.
.
.
2. Tulis besar-besar kat papan putih atau sticker yang mudah dilihat tentang sasaran kita. Misalnya 'Simpan RMM300 sebulan untuk beli iPhone 12". Kita ni mudah lupa kan? So, kena ingatkan diri selalu untuk simpan duit untuk masa depan.
.
3. Letak gambar barangan yang kita nak beli tu di bilik atau skrin telefon kita. Ini pun boleh motivasikan diri supaya simpan duit atau jimat cermat untuk beli barang tersebut. Kita biasanya lebih semangat untuk bertindak bila 'nampak' yang kita mahu. Gitu.
.
.
4. Potongan automatik. Ada bank yang sediakan servis potongan macam ni. Anda boleh check dengan bank anda. Just hubungi bank atau check kat dalam internet banking kita. Misalnya, kita boleh minta bank simpan duit kita secara automatik tiap-tiap bulan ikut berapa yang kita nak. Macam paksa rela la. Tapi ada bagusnya kan. Ini sesuai untuk orang yang sukar nak menyimpan sukarela.
.
5. Ada juga orang buat hobi simpan duit ganjil macam RM5 atau RM20 tak kira masa. Contohnya, beli barang kat kedai Acheh lepas tu dapat duit baki RM5. Terus dia simpan kat satu tempat. Ada tu siap buat macam album kumpul setem (hobi mak-mak kita dulu, hehe). Ini pun satu cara kumpul duit juga.
.
Ok, selamat mencuba gais.
.
Kredit gambar : 
https://www.iii.org
https://www.lifehack.org
https://www.neighbor.com/
https://www.moneycrashers.com/
https://www.finextra.com/