Tip-tip Jaga Jam Tangan Supaya Tahan Lama

Gais, sekarang musim Lock Down, ramai yang terkesan kan. Kalau jam tangan rosak, aduh... koyak lagi poket, makin stress kita.
.
So, apa kata kita share pula tip-tip nak jaga jam tangan kita ni, supaya dalam keadaan baik dan tahan lama.
(Kredit gambar : https://japan.topnews.cloud)
.
1. Simpan di tempat khas. Jangan simpan merata-rata macam kat bawah katil ke, atas peti sejuk ke, dalam kereta ke. Lagi baik simpan kat kotak jam yang asal, ketika kita tidur atau tak gunakannya. Warna dan kekilatan jam kita pun kekal lama.
.
2. Kalau anda pakai G-Shock, sekali-sekala bolehlah cuci ia dengan air. Jam ori mesti tak masuk air punya. Body dia akan sentiasa cantik dan tak terjejas dengan habuk. Awas, jangan mandikan jam G-Shock you all dengan bahan yang mengakis macam asid ke atau cuka, huhu. Guna sabun mandi ok la.
.
3. Kalau korang nak lap, gunakan kain yang lembut macam microwave, eh... microfiber, hihi. Biasa juga orang gunakan berus gigi yang lembut bulunya untuk gosok jam kesayangan tu.
.
(Kredit gambar : https://www.wikihow.com)
.
4. Elakkan jemur jam kita pada cahaya matahari yang terik tu. Nanti warnanya cepat pudar.
.
5. Jumpa pakcik jual jam untuk check bateri jam kita. Kalau rasa dah lama, baik tukar bateri yang baru. Ini pun jadikan jam tangan kita lebih tahan lama.
Ok gais.
.
(Kredit gambar : https://www.catawiki.com)
.
Semoga kekal hensem dan cute dengan jam tangan you all.
Stay safe.
.
(Kredit gambar atas : Photo by Norbert Buduczki on Unsplash)